Saturday, April 26, 2008

politik?itik?

Seronok juga bila sembang bab politik tanah air sejak pru12 telah berlalu. Tapi demo semua tahu atau tidak pasal politik ni? Kalau tak berapa cerap pasal istilah politik ni...cuba demo baca betul2 perkataan 'politik'. Jelas kepada kita semua politik Malaysia ni adalah politik style ITIK. Kalau demo tak biasa dengan ITIK maka demo taka layak lagi nak jadi ahli politik...apa lagi nak jadi polITIKUS ( itik dan tikus ). Nah saya rasa demo semua dah mula minat dengan istilah2 yang saya coretkan di sini.
Pertama saya nak terangkan apa yang dimaksudkan dengan Politik ITIK. Kalau kita perhatikan cara itik berjalan, berenang atau berbunyi pasti kita akan terfikir memang betullah politik negara kita sesuai sangat dengan itik2 ni. Mana tidaknya, Allahyarham P.Ramlee pun guna itik dalam politik Nujum Pak Belalang dalam pertaruhan sebuah negara dalam filemnya. Itik digambarkan sebagai satu makhluk Tuhan yang bertindak mengikut fitrah yang Tuhan jadikan untuk kaumnya. Itik betina berenang di depan dan itik jantan berenang di belakang. Semua ini memberi ingatan kepada kita supaya JANGAN sesekali kita cuba mengubah fitrah kejadian yang sudah ditetapkan Tuhan sejak azali lagi. Kalau berlaku sesuatu kejadian, jangn kita menuding jari kepada orang lain. Jangan kita menuduh itu ini kepada orang lain. Kita semestinya melihat sesuatu kejadian itu dengan sikap positif sebagai qada dan qadar Tuhan. Mengapa kita terlupa mengenai ketentuan Tuhan apabila berbicara pasal politik semasa tanah air? Minda sedar saya berkata bahawa "sesuatu" akan berlaku dalam arus politik perdana tanah air selepas ini.
Kita juga selalu dengar kata orang tua2...'berjalan seperti itik'. Itik digambarkan berjalan berlenggang-lenggok secara berombongan dan berbaris2 semasa melintas jalan atau nak masuk reban. Ish2...berdisiplin betul itik ni. Habis tu kita pula bagaimana? Kita memang sukar sekali untuk berbaris terutama semasa nak mendapatkan pangkat...nak jadi tok wakil, exco, menteri atau PM. Masing2 nak potong que saja. Mana boleh jadi. Kita kena ikut politik itik...baru selamat. Kalau rasa hebat sekalipun, tetap kena que. Kalau potong que, akan ada pula orang akan bentes/ cah keting kita. jadi ingat tu!
Bab bunyi itik ni makin saya seronok nak tulis. Apa tidaknya, kalau dulu di Kelantan penceramah2 PAS menjadikan bunyi itik untuk mempermainkan budaya kerja pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan budaya projek. Bekerja hanya untuk dapatkan projek bukan untuk rakyat. Kalau menteri datang semua pakat2 hurung untuk dapatkan projek. alau tak dapat projek maka masing-masing akan berbunyi bagaikan itik2 kelaparan hampas kelapa...projek!projek!projek!projek!projek!projek!projek!(...macam bunyi itik daa!) Bila dapat projek baru senyap.
Kesimpulannya politik dan itik tak dapat dipisahkan!